fbpx

Tiga suspek kes samun diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa melakukan samun.

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki disyaki terlibat dalam kes samun berjaya diberkas menerusi dua tangkapan berasingan di sekitar Bandar Permaisuri, Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohammad Idzam Jaafar berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah kedai serbaneka di Taman Leng Seng, Cheras baru-baru ini yang melibatkan kerugian RM149.90.

“Hasil risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah menahan seorang lelaki tempatan di sekitar kawasan perumahan Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada pukul 8.30 malam.

“Tangkapan itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek lelaki pada pukul 10.30 malam dan kita turut merampas barangan yang dipercayai digunakan dalam kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 25 tahun itu mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan narkotik.

“Hasil tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes samun yang berlaku dalam kawasan Cheras, Kajang dan Ampang.

“Ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga 13 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI