fbpx

Darren ledak hatrik benam Sang Penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KELAB Petaling Jaya City FC (PJ City) mempamerkan aksi kelas tersendiri apabila mencipta kejutan dengan menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin.

Pada aksi itu, skuad The Phoenix membuktikan status pasukan yang menggunakan 100 peratus pemain tempatan tidak menjadi halangan apabila meraih gol menerusi ledakan hatrik Darren Lok pada babak pertama.

Ketua jurulatih PJ City, P. Maniam mengakui terkejut dengan prestasi cemerlang dipamerkan oleh pasukannya kerana bukan mudah untuk menewaskan TFC yang memiliki ramai pemain berkualiti termasuk bintang import.

“Saya sendiri terkejut dengan keputusan diraih kali ini tetapi barisan pemain telah buktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak dan berpuas hati dengan komitmen mereka sepanjang 90 minit perlawanan.

“Apa yang pasti, mereka berjaya memanfaatkan ruang dan peluang serta mengikut segala taktikal yang saya terapkan sebaik mungkin,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pengendali TFC, Nafuzi Zain mengakui aksi kali ini adalah detik sukar buat anak-anak buahnya memandang­kan ini adalah perlawanan pertama kompetitif yang diharungi musim ini.

“Saya anggap ini adalah aksi sukar buat kami kerana tiga bulan tanpa sebarang perlawanan kompetitif dengan barisan pemain juga melakukan kesilapan mudah khususnya di posisi pertahanan.

“Pujian juga wajar diberikan kepada pasukan PJ City kerana berjaya meraih tiga mata. Saya harap pemain menjadikan kekalahan ini sebagai pengajaran dan bangkit semula untuk meraih keputusan positif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI