fbpx

G3 perkukuh segmen penjagaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – G3 Global Berhad (G3) telah mengukuhkan penerokaannya dalam segmen perniagaan penjagaan kesihatan, bermula dengan penjualan kit ujian Covid-19  selepas Kumpulan menerima kelulusan daripada para pemegang sahamnya pada mesyuarat agung luar biasa secara maya hari ini.

Pada EGM tersebut, pemegang saham juga meluluskan panggilan tunai untuk mengembangkan segmen penjagaan kesihatan,  had yang lebih tinggi untuk
menerbitkan saham baharu dan penglibatan dalam urus niaga pihak berkaitan.

Pengarah Urusan G3, Dirk Quinten berkata, kelulusan kukuh itu menunjukkan keyakinan pemegang saham terhadap pengurusan dan hala tuju perniagaan strategik Kumpulan.

Menurut beliau, melangkah ke hadapan, G3 akan mengembangkan jejaknya dalam segmen penjagaan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi daripada rakan
kongsinya iaitu  SenseTime dan Bestinet Group.

“Kami juga sedang meninjau untuk menyediakan perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan yang dipacu teknologi kepada hospital awam dan swasta tempatan dan ini akan menawarkan aliran pendapatan berulang yang baik untuk Kumpulan,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai pelaksanaan penempatan persendirian, Kumpulan sudah mempunyai beberapa pihak yang menyatakan minat mereka terhadap G3 sebagai syarikat peneraju Kepintaran Buatan yang menyokong sektor penjagaan kesihatan.

Tambah beliau, bakal pelabur yakin dengan cadangan nilai yang boleh dibawa oleh G3, terutamanya selepas pengambilalihan Bestinet Healthcare Sdn Bhd tahun lepas. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI