fbpx

Dua beranak antara 4 penyelam yang hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat penyelam yang hilang ketika latihan di Pulau Tokong Sanggol, Mersing tengah hari semalam.

MERSING – Identiti empat penyelam warga asing yang hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari semalam telah dikenal pasti.

Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, dan anaknya warga Belanda, Nathan Renze, 14.

Dua lagi penyelam merupakan jurulatih selaman wanita Norway, Kristine Grodem, 35, dan seorang wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihak keluarga juga telah dimaklumkan berkenaan tragedi itu selepas berhubung dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Salah seorang mangsa merupakan jurulatih manakala tiga lagi adalah pelajar tetapi pelajar tersebut bukan pertama kali melakukan aktiviti menyelam dan ada pengalaman menyelam, tujuan mereka untuk upgrading certificate mereka.

“Dua lagi adalah anak dan bapa. Semua keluarga sudah dimaklumkan dan mereka dalam perjalanan,”katanya kepada pemberita ketika meninjau Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing hari ini.

Onn Hafiz berkata pihak kerajaan negeri akan melaporkan kepada pihak kedutaan berkenaan status operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta memastikan semua pihak dimaklumkan berkenaan perkembangan terini SAR. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI