fbpx

Al Ansar perluas pasaran ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD KHANAFI (dua dari kanan) pada majlis penyampaian anugerah kepada vendor industri pembinaan di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Al Ansar IBS PLT meluaskan rangkaian pemasarannya ke Sabah mulai bulan ini, dengan kawasan tumpuan di Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Papar.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin berkata, melalui inisiatif tersebut, syarikat mengunjurkan jualan sebanyak 20 unit banglo dengan nilai unjuran projek sebanyak RM5 juta.

“Melalui perluasan perniagaan ini, kami menawarkan diskaun yang menarik kepada pelanggan.

Syarikat juga akan menawarkan tiga rekaan unit banglo iaitu Maria dengan dua bilik tidur dan satu bilik air, unit banglo Nabilah dan Velvet masing-masing mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan harga tawaran antara RM170,000 hingga RM320,000 selepas diskaun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam dan pe­­­­n­yam­­paian anugerah bagi me­raikan kakitangan syarikat serta vendor industri pembinaan di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Selain itu, pada majlis tersebut, syarikat telah melancarkan promosi Banglo Hari Raya 2022.

Menurut Muhammad Khanafi, promosi yang sedang berlangsung sehingga 4 Jun itu mengunjurkan jualan sehingga 15 unit banglo dengan nilai unjurannya RM3 juta.

“Bagi menjayakan promosi kali ini lima rekaan diperkenalkan iaitu Mahsuri, Farhana dan Kasturi yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air, manakala dua lagi rekaan Seri Melati dan Baiduri memiliki empat bilik tidur dengan tiga bilik air.

“Kesemua rekaan ini ditawarkan dengan harga dari RM135,000 hingga RM300,000 selepas diskaun,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI