fbpx

Aktiviti selam skuba, snokeling di Mersing dihentikan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MERSING – Aktiviti selam skuba dan snokeling di perairan Daerah Mersing akan dihentikan berkuatkuasa serta-merta.

Pegawai Daerah Mersing, Mohamed Shakib Ali berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya ada pihak yang melanggar arahan tersebut.

“Dimaklumkan kepada semua pengusaha resort, chalet, pengusaha-pengusaha bot pelancong, pengusaha-pengusaha bot island hopping dan pusat selam skuba bahawa anda adalah diminta untuk memberhentikan sebarang aktiviti selam scuba atau snokeling di perairan Daerah Mersing berkuatkuasa serta-merta.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati melanggar arahan yang dikeluarkan. Kesinambungan itu, pihak berkuasa juga akan mengadakan pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat penyelam warga asing dipercayai hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari semalam.

Bagaimana Kristine Grodem, 35, merupakan jurulatih selam berjaya dijumpai dalam keadaan selamat dan dibawa ke Stadium Mersing dengan menggunakan pesawat udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tengahari tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI