fbpx

Polis turunkan 250 poster iklan ah long di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai dan anggota polis menunjukkan poster pinjaman ah long yang diturunkan dalam operasi di Kota Bharu semalam. - Foto IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Polis menurunkan sebanyak 250 poster pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang ditampal pada tiang dan dinding bangunan dalam operasi di sekitar bandar Kota Bharu di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Asisten Komisioner Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, operasi yang bermula kira-kira pukul 11.30 malam itu dijalankan di sekitar Jalan Bayam, Jalan Berek 12 dan beberapa lokasi lain di sini.

Katanya, dalam operasi itu, pihaknya telah menurunkan semua poster pinjaman ah long yang ditampal pada tiang dan dinding bangunan untuk menarik perhatian orang ramai.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang kepada orang ramai terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan.

“Kita ada menerima beberapa laporan daripada mangsa kerana mereka dipaksa membayar lebih daripada wang yang dipinjam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Wazir memberitahu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan pinjaman yang ditawarkan melalui poster-poster yang ditampal atau melalui aplikasi media sosial.

Tambahnya, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen supaya menghubungi polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI