fbpx
Orang ramai beratur di hadapan pejabat LTA Singapura di Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru semalam untuk mendapatkan maklumat berhubung permohonan VEP bagi memasuki Singapura.

Ramai mahu beraya di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pejabat Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura di Jalan Tun Abdul Razak di sini mula diserbu orang ramai yang berhasrat berkunjung ke negara jiran itu sebaik pintu sempadan antarabangsa dibuka mulai 1 April lalu.

Rata-rata pengunjung yang ditemui turut melahirkan rasa teruja mereka apabila berpe­luang mengunjungi negara republik berkenaan selepas lebih dua tahun sempadan ditutup akibat pandemik Covid-19.

Seorang pengunjung, Mohd. Ariff Hafizal Mohd. Fadzli, 30, memberitahu, dia mengunjungi pejabat LTA di sini untuk mendapatkan maklumat berkaitan permohonan Permit Masuk Kende­raan (VEP) ke Singapura.

Menurutnya, persediaan awal perlu dibuat terutamanya membabitkan urusan permit, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saya dan keluarga mempunyai ramai saudara di negara ber­kenaan dan kebiasaannya setiap tahun apabila tiba Hari Raya Aidilfitri, memang kami akan berkunjung ke sana untuk bercuti selama beberapa hari.

“Kini selepas dua tahun, kami berpeluang untuk berkunjung semula ke negara jiran berkenaan untuk bertemu dengan saudara mara yang sudah lama terpisah, rasa sangat teruja dan tak sabar untuk ke sana.

“Untuk mengelakkan sebarang kesesakan atau kesulitan pada saat-saat akhir, saya berkunjung ke pejabat LTA untuk mendapatkan maklumat bagi melancarkan permohonan VEP memasuki Singapura,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi seorang lagi pengunjung, Mohd. Fadzil Rosli, 34, pula memberitahu, pihaknya telah membuat permohonan bagi mendapatkan VEP berkenaan kelmarin dan sedang menunggu jawapan pihak LTA.

“Jadi saya berkunjung ke pejabat LTA Singapura di sini dengan harapan permohonan itu akan dapat dipercepatkan.

“Saya membuat permohonan ini untuk membolehkan saya memasuki Singapura dengan menggunakan motosikal, selepas sejak dua tahun lalu hanya menggunakan perkhidmatan awam di sana,” ujarnya.

Sempadan antarabangsa Malaysia kembali dibuka sepenuh­nya bermula 1 April selepas ditutup akibat pandemik Covid-19 sejak 18 Mac 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN