fbpx

PFAM sambut baik tindakan tegas MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZHAM berharap hukuman yang dikenakan kepada Perak FC akan menjadi pengajaran kepada pasukan-pasukan lain.

TINDAKAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenakan hukuman pemotongan tiga mata terhadap pasukan Perak FC disambut baik oleh Persa­tuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata, pemotongan tiga mata berkuat kuasa serta-merta bagi saingan Liga Premier itu tidak hanya sekadar hukuman tetapi wajar kerana tempoh telah diberikan kepada Perak FC untuk melunaskan tunggakan gaji pada tarikh ditetapkan pada 31 Mac lalu.

Bagaimanapun, PFAM me­ngingatkan pengurusan pasukan tidak boleh ‘lepas tangan’ dan perlu terus menggandakan usaha bagi menyelesaikan segala kemelut berlaku.

“Pertama sekali, pihak PFAM menyambut baik tindakan serius yang telah dikenakan kepada Perak FC dan MFL telah mengambil langkah tepat dalam perkara ini. Kami berharap agar isu tunggakan gaji Perak FC untuk dua kelompok (musim ini dan musim lepas) dapat diselesaikan dalam kadar segera.

“PFAM juga telah menghantar aduan bagi tunggakan gaji pemain Perak FC bagi musim 2021 ke peringkat Jawatankuasa Status FAM (Persatuan Bola Ssepak Malaysia) untuk diperhalusi dengan lebih lanjut,” katanya.

Sebelum ini, First Instance Body (FIB) membuat keputusan untuk mengenakan ­pemotongan tiga mata secara serta-merta terhadap Perak FC selepas gagal melunaskan ­tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan yang membabitkan nilai keseluruhan ­RM34,729.42.

Sekiranya Perak FC masih gagal membuat bayaran tunggakan gaji tersebut sebelum atau pada 21 April ini, maka MFL akan memanjangkan kes ini kepada FIB bagi tindakan lanjut.

Pada masa sama, Izham berharap hukuman yang dikenakan kepada Perak FC akan menjadi pengajaran kepada mereka dan pasukan-pasukan lain dalam memastikan perkara sama seperti ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.

“Hukuman ini merupakan langkah serius untuk menolak sebarang bentuk kejadian seperti ini terus berulang dan akan dapat memberikan amaran supaya pihak pe­ngurusan mempunyai kemampuan dan kela­yakan dalam menguruskan kelab,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI