fbpx

Sumbat 10 PATI Myanmar dalam Proton Waja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua PATI warga Myanmar yang bersembunyi di dalam but sebuah kereta jenis Proton Waja turut dicekup dalam serbuan di jalan pintasan Pasir Mas hari ini. - Foto IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Seorang tekong darat bertindak menyumbat seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk seorang wanita dalam sebuah kereta selepas mengambil mereka di kawasan pangkalan haram di sini awal pagi tadi.

Anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan kereta jenis Proton Waja itu di jalan pintasan Pasir Mas di sini kira-kira pukul 3 pagi selepas melihat ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, pemeriksaan lanjut telah menemui seramai lapan orang PATI warga Myanmar manakala dua lagi berada di dalam but kereta itu.

Menurutnya, semakan mendapati, tujuh daripada 10 PATI itu tidak mempunyai pengesahan masuk ke negara ini manakala tiga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua PATI, tekong darat warga tempatan dan kereta itu dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Azhari, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dam Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI