fbpx

Jangan simpan lama ubat demam dalam peti ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman menyarankan agar ubat demam disimpan di tempat kering atau pada suhu bilik dan tidak melebihi tempoh dua bulan.

PETALING JAYA – Sebilangan individu masih tidak tahu cara menyimpan ubat dengan betul sehingga boleh menyebabkan ia mudah rosak dan kurang berkualiti terutamanya apabila dibiarkan dalam tempoh yang lama.

Lazimnya, peti sejuk antara tempat paling digemari bagi menyimpan pil (tablet) dan ubat dalam bentuk sirap seperti ubat demam.

Menerusi ciapan seorang doktor, Ahmad Luqman Bukhari di laman Twitter, beliau berkongsi kesan dan risiko sekiranya ubat demam disimpan di dalam peti ais melebihi tempoh yang sesuai.

Ia berikutan terdapat beberapa kejadian melibatkan kanak-kanak yang tidak pulih walaupun telah diberi minum ubat tersebut.

Jelasnya, ia berkemungkinan ubat berkenaan telah rosak kerana terdapat proses pembiakan bakteria pada penutup botol ubat tersebut.

“Ubat demam itu asalnya masa dibotolkan di kilang ubat, ianya dah terisi dengan ‘clean air’, ada juga yang diisi dengan ‘nitrogen’, dan cecair ubat pulak dah dicampur siap-siap ‘preservatives’ sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat.

“Cuma masa kita buka penutup botol ubat demam tu, udara bersih tadi akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam, sebab itu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama sebab boleh mengandungi bakteria dan kulat,” ciapnya.

Tambah Luqman, antara kesilapan yang sering dilakukan adalah menyimpan ubat demam yang telah dibuka di dalam peti ais hingga berbulan-bulan.

“Suhu yang rendah dalam peti sejuk itu akan buatkan proses kondensasi berlaku kat dalam botol ubat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar ubat demam disimpan di tempat kering atau pada suhu bilik dan sebaiknya tempoh penyimpanan sesuatu ubat tidak perlu melebihi dua bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI