fbpx

Ditahan ketika isi diesel untuk seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi tangki simpanan untuk tujuan penyeludupan yang dikesan penguat kuasa KPDNHEP Selangor.

KLANG – Cubaan seorang lelaki menyeludup minyak diesel menggunakan lori tangki gagal apabila ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Pandamaran, di sini baru-baru ini.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 11 pagi Khamis lalu susulan aduan khas diterima Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, sepasukan penguat kuasa kemudiannya melakukan pemantauan dengan mendapati sebuah lori tangki sedang mengisi bahan api jenis diesel di stesen tersebut.

Katanya, bagaimanapun pengisian dilakukan ke dalam tangki simpanan yang ada di dalam lori tersebut dengan terdapat pemandu lelaki tempatan berusia 50-an.

“Kita kemudiannya menahan lori dan pemandu tersebut bagi siasatan.

“Turut disiasat adalah pengurus stesen minyak dan syarikat pemborong minyak yang namanya tertera pada pintu lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, sitaan telah dibuat lori, bahan diesel, resit belian dan lain lain perkara yang berkaitan dengan dianggarkan RM8,500.

Kes disiasat mengikut Peraturan 18 dan 21(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI