fbpx

Dicekup bawa bot tangkap ikan tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki Indonesia yang ditahan kerana disyaki menangkap ikan tanpa lesen.

KLANG – Tindakan dua lelaki warga Indonesia mengendalikan bot tunda tanpa lesen membawa padah apabila ditahan di perairan Pulau Indah, hari ini.

Kedua-duanya berusia 42 dan 48 tahun ditahan pukul 8.45 pagi ketika menangkap ikan.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot nelayan itu juga tidak mempamerkan sebarang dokumen lengkap termasuk tekong tidak mempunyai kelayakan membawa bot daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Katanya, bagaimanapun kedua-dua warga asing itu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot dan kru dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut oleh anggota Maritim Malaysia.

“Kes disiasat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952(MSO),” jelasnya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI