fbpx

Anzalna Nasir bakal timang ‘bayi Aidilfitri’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANZALNA NASIR kini sarat hamil lapan bulan.

PETALING JAYA – Selepas anak sulungnya, Eidrees kini berusia tiga tahun tahun, pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa gembira apabila bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Lebih membahagiakan, Anzalna yang kini hamil lapan bulan dijadual melahirkan menjelang sambutan Hari Raya Aidifitri bulan depan.

“Salam Ramadan. Alhamdulillah, syukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripadaNya.

“Alhamdulillah, Eidrees (anak sulungnya) bakal dapat adik ‘hari raya’ nanti (dijangka bersalin ketika Aidilfitri). Seorang lagi bayi Aidilfitri. Insya-Allah,” ujarnya yang melahirkan Eidrees juga pada 1 Syawal tiga tahun lalu.

Tambah anak pelakon Memori Cinta Suraya itu, kehamilan kali ini sebenarnya tidak dirancang namun Tuhan merahmati doanya untuk menambah zuriat memandangkan anak sulungnya sudah agak besar.

Anzalna turut menyifatkan anugerah tersebut sebagai rezekinya selepas nekad kembali kepafa fitrah iaitu bertudung sejak awal tahun 2022.

“Eidrees pun sudah tiga tahun. Nak kata rancang tak, Alhamdulillah rezeki selepas bertudung. Lepas bertudung tak lama kemudian saya disahkan hamil. Kali agak tak sangka sebab saya menunggu agak lama sebelum disahkan hamil anak pertama dahulu,” kata Anzalna kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Mohd. Nasir berkongsi rasa syukur apabila diberi peluang oleh Allah SWT untuk menambah bilangan cahaya mata.

Sehubungan itu, pelakon berusia 34 tahun itu memohon doa daripada semua pihak termasuk peminatnya untuk mendoakan supaya proses kelahiran bayi keduanya itu nanti akan dipermudahkan.

“Mohon doakan semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin,” tulisnya.

Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhamad Hanif Muhamad Zaki yang merupakan seorang usahawan pada 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia tiga tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI