fbpx

Muamalat Step-Up Auto Financing-i dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri, Akkbar, Pengarah Perbankan Runcit Bank Muamalat, Zury Rahimee dan Ketua Pegawai Kewangan Carro, syarikat induk myTukar, Ernest Chew selepas pelancaran Muamalat Step-Up Auto Financing-i kelmarin.

PETALING JAYA – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melancarkan skim ‘Muamalat Step-Up Auto Finan­cing-i’ bagi membantu pelanggan mengurangkan beban aliran tunai pembiayaan awal untuk memiliki kenderaan idaman mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khai­rul Kamarudin berkata, skim itu adalah Pembiayaan Kenderaan Muamalat-i (MVF-i) di bawah konsep Syariah Murabahah.

“Skim ini ditawarkan untuk tempoh pembiayaan lima, tujuh dan sembilan tahun. Ia berbeza dengan pelan pembiayaan kenderaan konvensional yang memerlukan pelanggan membayar ansuran bulanan yang sama sepanjang tempoh pembiayaan.

“Tawaran ansuran yang lebih rendah boleh membantu pelanggan mengurangkan beban aliran tunai mereka dan boleh membuat simpanan serta mempu­nyai wang tunai berlebihan untuk pelaburan dan tujuan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, skim pembia­yaan kenderaan berperingkat itu menawarkan pembiayaan kereta dengan ansuran lebih rendah untuk tiga tahun pertama dan eksklusif hanya untuk kereta jenama Mitsubishi dan Proton di bawah pengedar rangkaian Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON).

Menurutnya, dengan kerjasama myTukar, nilai yang lebih baik juga dijamin untuk semua pelanggan jika kenderaan tersebut dijual semula kepada pakar kereta terpakai pada penghujung tempoh tiga tahun dengan harga yang dipersetujui pada awal pemilikan.

Selain itu, pelanggan boleh memilih sama ada untuk meneruskan pembayaran bulanan pada kadar baharu atau menukar dan menjual semula kende­raan itu untuk unit baharu melalui myTukar selepas tiga tahun pemilikan.

“Pelanggan ada pilihan untuk menukar kereta, menaik taraf kepada yang lebih baharu atau menerima pula­ngan tunai untuk kereta mereka,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial berkata, pelancaran skim pembiayaan ber­kenaan akan dapat memenuhi ke­perluan pelanggan dalam mencari penyelesaian bagi memenu­hi keperluan kewangan mereka.

“Selaras dengan hala tuju EON untuk memimpin dan menjadi penyedia perkhidmatan automotif yang cemerlang, kami percaya kerjasama itu meningkatkan penguasaan pasaran kami.

“EON juga menawarkan pelbagai jenis kereta daripada dua jenama terkenal ini kepada pe­langgan di seluruh negara. EON menawarkan dua model Mitsubishi dan enam model Proton sebagai pilihan pelanggan yang me­nyertai skim ini,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pe­langgan di 03-2600 5500. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI