fbpx

Liverpool akui masih tenang intai peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Klopp percaya bahawa City lebih tertekan untuk mempertahankan kedudukan berbanding Liverpool. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meneruskan perang psikologi dengan menyatakan tekanan kini terarah kepada pendahulu, Manchester City yang sepatutnya boleh ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Februari lepas.

Bagaimanapun, prestasi yang tidak konsisten dipamerkan oleh The Citizens sejak Februa­ri lepas menyaksikan kedua-dua pasukan ketika ini hanya dibezakan dengan satu mata selepas mengharungi 29 perlawanan.

Kata Klopp, situasi ketika ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kancah EPL sememangnya cukup sukar untuk dimenangi selain mencabar anak-anak buahnya terus konsisten dalam usaha merampas carta liga.

“EPL adalah liga terbaik di dunia dan inilah yang digemari oleh semua penyokong bola sepak antarabangsa. Jika Liverpool tidak mampu memberikan cabaran kepada City seperti sekarang, mereka sudah bergelar juara pada Februari lepas.

“Namun, disebabkan kami, mereka terpaksa ‘berpeluh’ untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi pada musim lepas dan sudah tentu barisan pemain kami tidak akan memberi laluan mudah.

“Secara jujur, City adalah pa­sukan terbaik yang pernah saya tentang sepanjang karier meski­pun saya pernah menentang Guardiola ketika dia bersama Bayern Munich.

“Bagaimanapun, saya lebih berminat untuk fokus satu perlawanan ke satu perlawanan dan tumpuan kini terarah pada aksi menentang Watford nanti,” katanya.

Liverpool kini sudah kembali mendapatkan senarai penuh skuad utama apabila tonggak pertahanan, Trent Alexander-Arnold sudah cergas sepenuhnya, tetapi khidmat Naby Keita mungkin disisihkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI