fbpx

Peniaga bazar Ramadan Station 18 ditawarkan lokasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

IPOH – Kesemua 22 peniaga di tapak bazar Ramadan Station 18 di sini telah ditawarkan lokasi lain sebagai ganti berikutan kawasan tersebut tidak sesuai untuk berniaga.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya terpaksa membatalkan kebenaran berniaga di tapak sedia ada berikutan bantahan peniaga-peniaga premis.

Rumaizi (kanan) pada sidang akhbar di Bangunan MBI pagi tadi.

Katanya, para peniaga tidak bersetuju kawasan itu dijadikan bazar Ramadan bagi mengelakkan kesesakan.

“Kita menawarkan dua lokasi lain iaitu di bazar Ramadan Taman Temara dan Desa Aman yang letaknya di zon yang sama.

“Kita telah pun memaklumkan tawaran ini kepada pihak penganjur dan ada beberapa peniaga telah bersetuju untuk berniaga di lokasi baharu,” ujarnya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI