fbpx

Jenama Nurraysa bantu ubah kehidupan Fatimah Zaharah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Jenama produk kecantikan Nurraysa yang berjaya dalam perniagaan hasil didikan daripada Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah membantu ramai para pengedar di bawah empayarnya.

Kejayaan mengubah kehidupan usahawan menjadi lebih baik dengan memiliki aset dan kumpulan sokongannya membuatkan Fatimah Zaharah Mohd. Zahib mahu membantu lebih ramai usahawan yang masih mencari peluang perniagaan berpotensi untuk diceburi.

Hasil bimbingan daripada ibu pejabat Nurraysa, wanita yang sebelum ini gagal dalam perniagaan menjual bedak Arab kini berjaya mencatat jualan sehingga RM7.4 juta pada tahun lalu.

“Saya bermula sebagai dropship kerana ketika itu adalah cara terbaik buat saya yang ketiadaan modal.

“Memandangkan jenamanya sudah terkenal maka mudah untuk saya aktif berniaga, pihak ibu pejabat juga begitu prihatin dengan memberi bimbingan dan latihan agar saya terus bersemangat untuk berjaya,” katanya dalam kenyataan.

Zaharah yang mula menyertai kumpulan Nurraysa sejak tahun 2015 dilengkapi dengan  segala ilmu, latihan dan bimbingan yang disediakan oleh pihak pengurusan secara berperingkat selain factor minatnya dalam bidang tersebut.

“Pada Ogos tahun lalu dalam mendepani era pandemik Covid-19, merupakan waktu kemuncak kejayaan saya apabila jualan yang direkodkan adalah lebih daripada RM1 juta dalam tempoh sebulan.

“Jumlah jualan keseluruhan tahun 2021 juga mencatat angka RM7.4 juta,” jelasnya.

“Saya harus berterima kasih kepada jenama itu kerana ia membantu ramai usahawan mengubah kehidupan yang susah sebelum ini menjadi lebih baik dan bakal membantu usahawan lain untuk turut bangkit bersama,” jelasnya. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI