fbpx

Percutian ala Bali di Tanjung Bungah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tarikan paling diminati pengunjung di Lost Paradise adalah dua buah taman terapung yang menjanjikan pemandangan yang indah

PULAU pelancongan popular di Indonesia iaitu Bali merupakan antara salah satu pulau peranginan paling terkenal di rantau Asia.

Pemandangan pantainya yang cantik selain hotel-hotel dan vila penginapan berkonsepkan tradisional Bali tidak sering kali memikat pelancong sama ada dari dalam atau luar negara.

Menyedari tarikan yang ada pada hotel-hotel di Bali, sebuah hotel di Tanjung Bungah, Pulau Pinang mengambil langkah ‘membawa’ Bali ke Pulau Pinang dengan mengetengahkan konsep asli pulau dari negara jiran itu ke sini untuk dinikmati pengunjung.

Hotel yang dikenali sebagai Lost Paradise itu menjanjikan pengalaman dan pemandangan persis bercuti di Bali.

Menurut pengurus premis itu, Ong Kuui Heyang, konsep Bali yang diperkenalkan itu meliputi segenap ruang di dalam hotel tersebut daripada pintu masuk utama sehinggalah ke konsep bilik tidur.

“Setiap bilik yang ditawarkan mempunyai konsep yang berbeza namun semua katil yang ada adalah daripada material kayu, sesuai dengan konsep percutian ci Bali.

“Malah, kayu juga digunakan bagi pintu-pintu yang ada di dalam premis bagi menyerlahkan gaya Bali,” ujarnya kepada Horizon.

Premis tersebut menggabungkan seni bina tradisional dengan sedikit sentuhan moden pada kemudahannya.

Terletak bersebelahan Pulau Tikus, pengunjung yang menginap di Lost Paradise juga boleh mendapatkan khidmat menaiki bot melihat suasana matahari terbenam dan matahari terbit dari hotel tersebut.

Menurut Heyang, pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan menaiki bot ke Pulau Tikus dari hotel tersebut.

“Pulau Tikus yang merupakan pulau berbatu cukup cantik untuk dijadikan lokasi bergambar,” ujarnya.

Tarikan paling diminati pengunjung di Lost Paradise adalah dua buah taman terapung yang menjanjikan pemandangan yang indah.

Ia juga turut dijadikan lokasi pilihan bagi acara bermakna seperti perkahwinan kerana pemandangan dan persekitarannya yang memukau.

Ujar Heyang lagi, taman terapung itu menyajikan pemandangan laut yang mendamaikan dan merupakan lokasi kesukaan pengunjung untuk bergambar.

“Kami ada menerima tempahan daripada pasangan pengantin yang mahu mengadakan majlis perkahwinan mereka di taman terapung itu.

“Hal ini kerana ia berlatarbelakangkan laut dan mempunyai pemandangan matahari terbenam yang amat cantik,” katanya.

Selain taman terapung, landskap hotel tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan mekar yang ditanam oleh pemilik.

Ujar Heyang, pemilik hotel itu yang merupakan seorang doktor cukup gemar bercucuk tanam dan meletakkan pokok-pokok yang ditanamnya di sekeliling premis itu.

Hasilnya, Lost Paradise itu tampil segar dengan bunga-bungaan berwarna warni.

Harga bilik di Lost Paradise bermula daripada RM200 sehingga RM1,080 mengikut jenis dan keluasan.

Bagi pengunjung yang membuat tempahan secara terus daripada laman web www.lostparadiseresort.net, mereka akan mendapat diskaun sebanyak 12 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI