fbpx

Budak lelaki bawa pistol dikesan di Google Maps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK itu dilihat berdiri di jalan bersenjatakan sepucuk pistol. – Peta Google

NEGOMBO, Sri Lanka – Seorang budak lelaki sedang memegang pistol dilihat dalam aplikasi pemetaan Google Maps sehingga menarik tumpuan pengguna di laman sosial Reddit, lapor akhbar Daily Star semalam.

Imej yang dimuat naik menerusi akaun @r/googlemapsshenanigans itu memaparkan seorang kanak-kanak itu memakai seluar pendek tanpa baju dan berkaki ayam.

“Anda datang ke kawasan kejiranan yang salah…’’ demikian kapsyen pada imej berkenaan.

Dia dilihat memegang pistol di tangan kirinya. Wajah budak lelaki itu dikaburkan kerana masih di bawah umur. 

Gambar itu ditemui menggunakan aplikasi Google Maps di bandar Negombo, Sri Lanka. Ia turut mencetuskan jenaka pengguna-pengguna Reddit.

“Jari kecilnya hampir tidak boleh memegang pemegangnya. Sedih apabila sesetengah orang mempunyai anak dalam keadaan teruk seperti ini,’’ tulis seorang pengguna.

“Jika saya berada di Negombo, saya pasti akan memastikan pintu rumah berkunci,’’ komen pengguna lain.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada senjata itu adalah pistol sebenar atau tidak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI