fbpx

Bapa ‘Baby Syifaa’ bagi masa dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuseri Yusoff, 39, (kiri), diiringi peguam pemerhati, Muhammad Amin Anuar, dan Musfira Mohd Fahmi, ketika sidang akhbar selepas hadir di IPD Seremban 2, Seremban, hari ini. - GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Bapa kepada seorang bayi perempuan berusia setahun tiga bulan yang mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian seperti yang tular di media sosial Facebook memberi masa dua minggu kepada pihak polis untuk mengemukakan hasil siasatan selanjutnya.

Kejadian menyayat hati itu berlaku ketika bayi itu, Nour Rania Asyifaa Yuseri berada di bawah jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan di sini, bulan lalu.

Yuseri Yusoff, 39, sebelum itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada pukul 3 petang tadi bersama dua orang peguam pemerhati, Muhammad Amin Anuar dan Musfira Mohd. Fahmi bagi memberi keterangan berdasarkan laporan polis yang dibuatnya pada 28 Mac lalu di IPD Sentul.

Mereka kemudiannya selesai memberi kenyataan kepada pihak polis selepas hampir tiga jam iaitu pada pukul 5.45 petang.

Menurut Yuseri, walaupun selepas 37 hari Nour Rania Asyifaa meninggal dunia, masih tiada mana-mana individu direman atau didakwa berhubung kes itu yang telah menyebabkan kematian.

“Polis berjanji satu siasatan yang adil akan dilakukan di mana individu bertanggungjawab akan di bawa kepada pihak pendakwaan.

“Kami hanya ingin jernihkan keadaan dan lebih kepada mahu menuntut pembelaan. Saya telah berbincang dengan peguam pemerhati dan kami bagi masa dua minggu kepada polis (untuk kemukakan siasatan),” katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Seremban di sini hari ini.

Yuseri berkata, beliau dimaklumkan bahawa kertas siasatan kes sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, namun belum dipastikan kes akan dituduh di bawah seksyen apa dan beliau memberi ruang kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

Sementara itu, peguam pemerhati yang mewakili bapa bayi itu, Muhammad Amin berkata, kebiasaannya dalam mana-mana kes sekali pun akan ada suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut sebaik laporan polis dibuat.

Bagaimanapun beliau berkata, berbeza dengan kes ‘Baby Syifaa’ kerana sehingga kini tiada sebarang pendakwaan dibuat dan ia menimbulkan keraguan kepada keluarga.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI