fbpx

Will Smith lempang walau dicurangi isteri banyak kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon, Will Smith pernah dicurangi isteri beberapa kali namun tetap mempertahankan perkahwinan mereka.

KONTROVERSI Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022, Will Smith melempang pelawak Chris Rock kerana mempertahankan isteri, Jada Pinkett memasuki episod baharu apabila wanita berkenaan dilaporkan pernah curang beberapa kali.

Dalam gelanggang Twitter, ramai peminat mempersoalkan mengapa Will tidak berkelakuan sama saat dicurangi isteri yang pernah ‘kantoi’ menjalin hubungan tanpa pengetahuannya dengan seorang penyanyi rap, August Alcina.

Telah berkahwin hampir 30 tahun, Jada mendedahkan pernah curang dengan mendiang Tupac Shakur ketika awal usia perkahwinan mereka.

Pengakuan tersebut dibuat dalam satu temu bual bersama Howard Stern pada 2015 dan Jada mengakui pernah mempunyai hubungan sulit dengan Tupac sewaktu rapper berkenaan masih hidup.

Hubungan sulit

Jada juga mengakui bahawa perkahwinan sudah mencapai fasa matang hinggakan dia dan Will bebas untuk melakukan apa yang mereka mahu namun perihal tersebut tidak pernah keluar dari bibir suaminya.

Tidak memberi perincian tentang perihal tersebut berlaku, Jada bagaimanapun memberitahu, hubungan sulit melibatkannya dan Tupac berlaku ketika perkahwinan dirinya dan Will sedang bermasalah.

Dia mengakui berasa sangat menyesal pernah curang dengan suami dan menyifatkannya sebagai perkara paling menyakitkan dia pernah alami. Katanya, dia takkan mengulangi perkara sama.

Will bagaimanapun mengakui bahawa Tupac dan isterinya sememangnya rapat dan persahabatan mereka kadang-kadang membuatkan dirinya cemburu.

“Itu waktu awal-awal dahulu dan merupakan penyesalan terbesar saya. Mereka membesar bersama namun tidak pernah menjalin hubungan asmara tapi sekarang (waktu itu), dah ada kemungkinan dan Jada isteri saya.

“Saya sangat-sangat berasa tidak selamat dan saya tidak cukup ‘lelaki’ untuk berdepan apa yang terjadi (ketika itu,” akui Will yang menang trofi Oscar buat kali pertama menerusi filem King Richard.

Pucuk muda

Janji dimungkiri, pada Ogos 2020 dalam rancangan bual bicara Red Table Talk, Jada sekali lagi mengakui bahawa dia pernah curang dan lelaki tersebut merupakan seorang ‘pucuk muda’ yang waktu itu berusia 23 tahun, seorang rapper bernama August Alsina.

Dalam temu bual, Will atau nama sebenarnya, Willard Carroll Smith Jr. seperti memberi bayangan bahawa hubungan sulit isterinya dengan August ketika itu mendapat restunya namun perasaan cintanya terhadap wanita terbabit tidak pernah berubah.

“Kami teruskan perjalanan bersama, kami akan mati bersama. Teruskan kehidupan bad marriage (perkahwinan tosik),” ujar Will pada hujung diskusi.

Pernah juga timbul satu desas-desus bahawa Jada sekali lagi curang dengan penyanyi Marc Anthony namun dia menafikan perkara tersebut.

Semalam, Will memanaskan pentas Academy Awards apabila melulu naik ke pentas dan menampar Chris akibat berjenaka tak kena tempat melibatkan kondisi kepala botak isterinya, Jada yang menghidap masalah keguguran rambut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI