fbpx

Putin tidak boleh terus berkuasa – Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN AS Joe Biden menyampaikan ucapan mengenai perang Rusia di Ukraine di Istana Diraja di Warsaw, Poland kelmarin. - AFP

WARSAW, Poland – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggelar rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin sebagai ‘penyembelih’ yang ‘tidak boleh dibiarkan berkuasa’ selepas menemui barisan menteri kanan Ukraine buat kali pertama sejak pencerobohan Rusia.

“Demi Tuhan, lelaki ini tidak boleh dibiarkan berkuasa,” kata Biden semasa menutup ucapannya.

Presiden AS itu turut menggelar Putin sebagai ‘penyembelih’.

Beberapa minit kemudian, seorang pegawai White House cuba meredakan kontroversi yang timbul dengan berkata, Biden tidak merujuk kepada pemerintahan Putin ataupun pertukaran rejim di Rusia.

“Apa yang beliau maksudkan adalah Putin tidak boleh dibenarkan berkuasa ke atas jirannya atau negara-negara serantau lain,” kata pegawai berkenaan.

Dalam ucapan beliau, Biden turut menyamakan penentangan Ukraine terhadap Rusia seperti ‘perjuangan kebebasan’ semasa era negara Kesatuan Soviet. Presiden AS itu berkata, dunia perlu bersiap-sedia untuk ‘pertarungan yang panjang’.

“Kami sentiasa bersama anda,” katanya kepada rakyat Ukraine. Biden berkata demikian  dalam ucapannya di Kastil Diraja, Warsaw kelmarin.

Menurutnya, Kremlin mengalami ‘kekalahan strategik’ di Ukraine, manakala rakyat Rusia bukan ‘musuh kita (Barat)’. Beliau mahu penduduk Rusia menyalahkan Putin sebagai punca sekatan berat yang dikenakan oleh Barat.

Biden turut memberi amaran kepada Rusia supaya tidak menceroboh wilayah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) walau  seinci.

Terdahulu kelmarin, dua peluru berpandu Rusia mengenai depoh bahan api di bandar Lviv, barat Ukraine dalam serangan yang jarang berlaku sejak Rusia menceroboh Ukraine lebih sebulan lalu. Bandar Lviv terletak cuma 70 kilometer dari sempadan Poland.

Putin menghantar tentera Rusia ke Ukraine pada 24 Ogos lalu dan berikrar untuk memusnahkan tentera negara itu serta menumbangkan kerajaan pro-Barat pimpinan Presiden Volodymyr Zelenskyy. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI