fbpx

Keguguran rambut dalam tempoh singkat antara gejala Alopecia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Public Health Malaysia menerusi ciapan di Twitternya berkongsi antara gejala yang dialami oleh pesakit Alopecia susulan insiden yang berlaku terhadap Will Smith dan Chris Rock baru-baru ini.

PETALING JAYA – Keguguran rambut dalam tempoh yang singkat dan ketika cuaca sejuk merupakan antara gejala utama dapat dilihat pada individu yang menghidap penyakit Alopecia.

Terdahulu, pelakon Hollywood, Will Smith menyerbu ke pentas Oscar dan menampar muka pelawak, Chris Rock selepas menjadi emosi kerana berjenaka tentang isterinya, Pinkett Smith dalam insiden malam gala yang tular baru-baru ini.

Difahamkan Smith tidak dapat membiarkan orang lain berkata tentang isterinya yang sedang bergelut dengan penyakit Alopecia dan pada tahun lepas, Pinkett mengumumkan dia telah mencukur rambutnya akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Sehubungan itu, Public Health Malaysia menerusi ciapan di laman Twitternya memaklumkan Pinkett merupakan seorang penghidap penyakit Alopecia sejak tahun 2018 dan ia merupakan penyakit autoimun yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami beberapa gejala secara fizikal.

“Antaranya adalah mengalami tompok botak kecil pada kulit kepala atau bahagian lain badan seseorang pesakit Alopecia.

“Selain itu, pesakit juga akan menerima gejala seperti kuku jari dan kuku kaki yang menjadi merah, rapuh dan berlubang,” ciapnya.

Jelas portal tersebut lagi, rambut pesakit Alopecia akan mula keguguran dalam masa yang singkat serta ketika cuaca sejuk.

“Ini adalah penyakit autoimun apabila tubuh menyerang folikel rambut dan menyebabkan keguguran rambut di mana-mana bahagian badan.

“Punca berlaku masalah ini adalah kerana faktor genetik, perubahan hormon, tertekan, pengambilan ubat-ubatan, suplemen, produk rambut dan kesan dari radioterapi,” ujarnya.

Sementara itu, dinasihatkan juga agar individu yang mengalami masalah kehilangan rambut dalam masa yang singkat atau terdapat tompok botak kecil pada kulit kepala diminta segera mendapatkan pemeriksaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI