fbpx

Shahrulezad tegur pelakon ‘over acting’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRULEZAD

AKHIRNYA ada juga yang sependapat dengan Diva iaitu tentang gaya lakonan sesetengah artis yang terlalu ‘over acting’ kalau berlakon.

Baru-baru ini pengarah dan juga penerbit drama terkenal, Shahrulezad ada menitipkan pesan dan pendapat.

Katanya, pelakon yang mempunyai latar belakang teater tidak perlu beria ketika berlakon.

Tahulah ada ilmu lakonan, tetapi kalau terlalu taksub sehingga segala ‘method’ lakonan diluahkan ketika berlakon, hasilnya nanti nampak terlalu ‘palsu’.

Katanya, kalau melakonkan babak menangis sekali pun tidak perlu beria sampai kering hingus dibuatnya. Terlalu menghayati watak sehingga ‘over acting’. Penonton pun rasanya akan berasa ‘jijik’ kalau melebih-lebih.

Diva memang sokong apa yang dikatakan Shahrulezad. Sebab ada beberapa pelakon ‘method’ kalau berlakon, bukan main beria sampai Diva sendiri naik menyampah tengok. Buatlah sekadarnya sahaja ikut skrip, kalau terlalu ‘over’ nanti penonton pun tak suka.

DIVA: Sebak dengar single baharu Nikki Palikat berjudul Sudah yang sepatutnya dinyanyikan oleh arwah Siti Sarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI