fbpx

‘Hilang separuh tempurung kepala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHASLINDA (kiri) menyampaikan sumbangan semasa menziarahi Muhammad Sobirin (kanan) di kediamannya di Sitiawan, Manjung baru-baru ini.

MANJUNG – Kemalangan jalan raya yang berlaku pada Disember tahun lalu di Jalan Kampung Acheh semasa pulang bekerja telah merubah nasib Muhammad Sobirin Salleh, 28.

Akibat kecederaan yang dialami, sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang ke­rana darah beku semasa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Disebabkan itu, Muhammad Sobirin yang sebelum ini menjadi tunggak keluarga kini tidak boleh bekerja selain keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Tambah memilukan kerana musibah yang menimpa berlaku semasa isterinya, Noor Azlin Che Yob sedang berpantang selepas melahirkan zuriat tunggal mereka.

Noor Azlin yang merupakan seorang suri rumah, kini mengambil alih urusan keluarga selain perlu menjaga suaminya apabila kemampuan untuk me­nguruskan diri terhad.

“Saya terpaksa meninggalkan anak di rumah ibu bagi memudahkan urusan harian menjaga suami.

“Biasanya selepas dua hari saya akan menjenguk anak di sana sebelum kembali ke rumah. Saya tidak bekerja jadi dalam soal kewangan perlu berjimat.

“Emosi suami juga kadangkala berubah, bagaimanapun saya sentiasa berdoa agar suami kembali pulih seperti sediakala,” ujarnya yang menetap di Batu 9, Lekir, Sitiawan, di sini.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan suami menjadi pelupa dan tidak boleh ditinggalkan kerana memerlukan perhatian setiap masa.

Sebelum ini Muhammad Sobirin bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas dekat Sitiawan.

Dalam pada itu, nasib keluarga ini mendapat perhatian Ahli ­Majlis, Majlis Perbandaran ­Manjung, Norhaslinda Zakaria apabila hadir menghulurkan sumbangan.

Kata Norhaslinda, beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya daripada pihak berkaitan bagi me­ngurangkan beban keluarga tersebut.

Bagi yang prihatin dan ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0880-0410-0014-8814 atas nama Noor Azlin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI