fbpx

Wei Chong-Kai Wun fokus ke Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI CHONG dan Kai Wun bersedia bekerja lebih keras dalam latihan bagi memastikan stamina serta kecergasan sentiasa berada pada tahap terbaik.

TERLEPAS peluang untuk beraksi pada kejohanan badminton Terbuka Switzerland minggu ini langsung tidak mengecewakan beregu lelaki negara yang sedang meningkat naik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Beregu yang berada pada ranking ke-44 dunia itu terpaksa melupakan saingan Terbuka Switzerland memandangkan Kai Wun perlu berehat panjang selepas mengalami kecederaan lutut.

Wei Chong menjelaskan, mereka tidak kecewa, sebaliknya menerima keputusan itu dengan hati terbuka selain mahu menggunakan tempoh rehat untuk membuat persiapan menjelang temasya Sukan SEA Vietnam Mei depan.

“Saya boleh cakap kami menarik diri daripada kejohanan Terbuka Switzerland kerana Kai Wun mengalami kecederaan pada bahagian lutut. Oleh itu, kami akan pulang dan berehat di tanah air terlebih dahulu.

“Tidak ada sebarang kekesalan ataupun kecewa apabila menarik diri daripada kejohanan tersebut. Sebagai pemain, kece­deraan seperti ini tidak boleh dielakkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi terakhir di kejohanan Seluruh England (All England) sebelum ini, Wei Chong-Kai Wun menampilkan aksi cukup baik biarpun tewas 17-21, 21-18, 21-23 kepada jaguh Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi di pusingan pertama.

Memandangkan mereka tidak akan menyertai sebarang kejohanan sebelum temasya Sukan SEA nanti, Wei Chong tekad untuk melakukan latihan lebih keras bagi memastikan tahap kecergasan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Kami tidak ada sebarang kejohanan sehingga Sukan SEA nanti, jadi saya dan Kai Wun perlu bekerja lebih keras dalam latihan jika mahu pastikan stamina serta kecergasan sentiasa terjaga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI