fbpx

Anggota polis maut motosikal rempuh lori rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang tercampak ke jalan raya kemudiannya dilanggar oleh sebuah lagi motosikal yang tidak sempat mengelak. /FOTO IHSAN PDRM

SEPANG – Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang maut apabila motosikal yang ditungganginya gagal mengelak lalu merempuh sebuah lori yang rosak di tepi Jalan Baru Dengkil-Kota Warisan, dekat sini sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 8.50 malam, mangsa dikenali sebagai Mohd. Hazziq Bohari, 35, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa dari arah Kota Warisan menuju arah Dengkil dipercayai gagal mengelak sebelum merempuh lori rosak yang diparkir di tepi jalan.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, Mohd. Hazziq yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC tercampak ke atas jalan sebelum sebuah lagi motosikal ditunggang seorang lelaki gagal mengelak dan merempuh mangsa.

“Mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 turut mengalami kecederaan pada mulut dan hidung sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan,” katanya.

Jelas beliau, pemandu lori berusia 53 tahun berasal dari Puchong bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, jenazah Mohd. Hazziq dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI