fbpx

Mesir sedia tebus kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
mesir enggan terus dikecewakan Senegal dalam perebutan slot ke Piala Dunia selepas tewas pada aksi final AFCON sebelum ini. – AFP

KAHERAH – Mesir berpeluang menebus kekalahan kepada Se­negal pada perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) Februari lalu menjelang playoff kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Antarabangsa Kaherah awal pagi esok.

Salah sebuah pasukan bakal berdepan kekecewaan dalam saingan itu nanti memandang­kan hanya satu daripada dua pasukan tersebut akan mendapat slot ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar November depan.

Justeru, kapten Mesir, Mohamed Salah berjanji dia dan rakan sepasukan akan memberikan segala-galanya bagi memastikan skuad kendalian Carlos Queiroz itu menjejakkan kaki ke Qatar nanti.

“Kami berjanji dengan seluruh rakyat Mesir bahawa semua pemain akan berikan segala-gala­nya bagi memenangi perlawanan ini. Semua orang tahu dua perlawanan menentang Senegal nanti sangat penting buat Mesir.

“Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak mengenai perlawanan ini memandangkan semua pemain tahu tugas masing-masing. Insya-Allah kami boleh menang perlawanan itu nanti,” kata bintang Liverpool itu.

Dalam pada itu, Queiroz juga menggesa barisan pemainnya melakukan yang terbaik bagi menebus kekalahan mereka kepada Senegal sekali gus melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2022.

“Ini adalah masanya jika semua pemain mahu buktikan sesuatu kerana kami berdepan laluan cukup berliku untuk sampai ke tahap ini. Walaupun kami tahu ia sukar tetapi ia bukanlah sebab untuk kami mohon simpati,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI