fbpx

KPDNHEP rampas set alatan karaoke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan KPDNHEP Pulau Pinang memeriksa sebuah premis di Bukit Mertajam, Seberang Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai peralatan elektronik khususnya berkaitan hiburan dalam dua serbuan berasingan di Bukit Mertajam di sini semalam.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, serbuan kira-kira pukul 4 petang itu dilakukan dengan kerjasama wakil Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selepas menerima aduan daripada wakil pemilik hak cipta.

Katanya hasil pemeriksaan terhadap premis di Jalan Perusahaan Juru Autocity dan Jalan Icon City itu mendapati, dalam milikannya terdapat set karaoke yang mengandungi salinan langgaran yang digunakan bagi tujuan perniagaan.

“Pegawai serbuan kemudian menyita sebanyak dua unit set karaoke, dua unit amplifier, dua unit televisyen, empat unit speaker serta enam unit mikrofon yang dianggarkan bernilai kira-kira RM140,000 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Sementara itu, Mohd. Ridzuan berkata, pihaknya mengingatkan mana-mana pihak yang menggunakan karya hak cipta bagi aktiviti perniagaan supaya memohon kelulusan daripada pemilik karya hak cipta bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI