fbpx

Kereta kebal era Soviet milik Rusia musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA satu kereta kebal Black Eagle pernah dibina dan dia dilaporkan telah musnah. – Daily Star

KIEV – Satu-satunya kereta kebal Soviet milik tentera Rusia dilaporkan telah musnah dalam pertempuran menentang Ukraine, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Kereta kebal T-80UM2 itu telah dibina pada era Soviet dan direka untuk tidak boleh dihancurkan. Ia tidak pernah melepasi peringkat prototaip dengan hanya satu daripadanya pernah dihasilkan.

Bagaimanapun, kereta kebal itu akhirnya digunakan dalam peperangan dan dilaporkan telah dimusnahkan dengan pantas pada Ahad lalu.

“Satu-satunya prototaip kereta kebal T-80UM2 Rusia telah musnah semalam. Ia adalah prototaip pra-pengeluaran sekali sahaja. Ini adalah petunjuk yang baik mengenai kerugian Rusia.

“Mereka sudah menghantar segalanya untuk berperang. Kereta kebal itu ditemui musnah di wilayah Sumy, timur laut Ukraine,’’ lapor laman Military Today.

Kereta kebal T-80UM2 yang digelar Black Eagle itu menelan belanja kira-kira £2.5 juta (RM14.01 juta) untuk dibina. Terdapat kira-kira 7,500 unit versi yang hampir serupa wujud iaitu jenis T-80UK, namun hanya satu versi khas pernah dihasilkan.

“Pembinaannya adalah berdasarkan struktur kereta kebal T-80UK yang dinaik taraf. 

“Ciri tambahan baharu adalah turet keluli yang dikimpal dengan perlindungan perisai canggih termasuk panel perisai reaktif letupan dan perisai Kaktus yang dibina pada bahagian hadapan kereta kebal itu,’’ demikian menurut laman web automatif, The Drive. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI