fbpx

Zelenskyy gesa Putin segera berunding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR Ukraine bersiap sedia menuju ke kedudukan masing-masing untuk bertempur di wilayah Lugansk pada 11 Mac 2022. – AFP

KIEV – Presiden Volodymyr Zelenskyy menggesa rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin untuk mengadakan rundingan damai bagi mengakhiri perang di Ukraine sekali gus mengelakkan Perang Dunia Ketiga daripada berlaku, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Zelenskyy malah berkata, beliau bersedia untuk berunding dengan Presiden Rusia itu sejak dua tahun lalu.

“Tanpa rundingan, peperangan ini tidak akan dapat dihentikan. Sekiranya terdapat hanya satu peratus peluang untuk kita menghentikan peperangan ini, saya berpendapat kita perlu mengambil peluang itu,” kata Zelenskyy.

Tambah beliau, tujuan  tentera Rusia menyerang Ukraine adalah untuk menghancurkan negara Eropah Timur  itu.

“Demi maruah rakyat dan tentera Ukraine, kami mampu melawan kekuatan tentera Putin, namun, tindakan itu hanya akan mengorbankan lebih banyak nyawa.

“Jadi, saya berfikir bahawa kita perlu menggunakan apa  sahaja cara untuk berunding dan berbincang dengan Putin. 

“Namun, jika semua percubaan tersebut masih gagal, ia bermaksud kita sedang berdepan dengan Perang Dunia Ketiga,” ujar Zelenskyy.

Sementara itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa sebarang rundingan dengan Kremlin tidak akan melibatkan kompromi dari sudut memperakui Semenanjung Crimea sebagai sebahagian daripada wilayah Rusia serta rantau Donetsk dan Lugansk sebagai negara bebas.

“Sebarang kompromi berkaitan dengan integriti wilayah dan kedaulatan Ukraine, pasti akan ditentang berhabis-habisan oleh rakyat negara ini,” tegasnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI