fbpx

NATO larang Rusia guna senjata kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bangunan kediaman musnah akibat bedilan peluru berpandu di Kiev pada 18 Mac 2022. – AFP

BRUSSELS, BELGIUM – Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg memberi amaran kepada Rusia bahawa penggunaan senjata kimia dalam perang di Ukraine melanggar undang-undang antarabangsa, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Beliau berkata, penggunaan senjata kejam itu merupakan pelanggaran secara terang-terangan kedua-dua  undang-undang antarabangsa dan larangan senjata kimia.

“Kita tahu bahawa Rusia telah menggunakan senjata kimia di Eropah sebelum ini untuk menentang  seteru politik mereka sendiri selain menyokong rejim Bashar al-Assad di Syria di mana senjata kimia turut digunakan.

“Justeru, NATO perlu menghalang konflik berdarah dan ngeri ini (Ukraine) daripada berkembang menjadi perang skala penuh antara NATO dan Rusia yang berisiko melibatkan Amerika Syarikat (AS) secara langsung,” kata Stoltenberg.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Linda Thomas-Greenfield memberitahu stesen penyiaran CNN bahawa AS akan bertindak balas secara agresif sekiranya Rusia menggunakan senjata kimia ke atas Ukraine.

“Kami bimbang sekiranya Moscow menggunakan senjata kimia di Ukraine. Kami ingin menegaskan bahawa jika Rusia benar-benar mengambil langkah tersebut, kami akan melancarkan tindak balas agresif ke atas mereka (Rusia),” tegas Greenfield.

Ketua Pusat Pengurusan Pertahanan Negara Rusia, Mikhail Mizintsev sebelum ini mendakwa tanpa bukti bahawa tentera Ukraine meletakkan periuk api dalam kemudahan penyimpanan amonia dan klorin.

Kementerian Pertahanan Rusia kelmarin pula berkata, tentera Moscow menyasarkan depot peluru dan bahan api di Ukraine dengan melancarkan serangan  peluru berpandu hipersonik sepanjang hujung minggu lalu.

Sekiranya dakwaan tersebut benar, ia merupakan kali pertama Rusia menggunakan peluru berpandu sedemikian  walaupun belum ada pengesahan setakat ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI