fbpx

Richiamo Coffee buka cawangan  di kampus UniMAP 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meluangkan masa melihat proses membancuh kopi di cawangan terbaharu Richiamo Coffee di UniMAP baru-baru ini.

ARAU – Empire Coffee Works telah membuka cawangan terbaharu Richiamo Coffee di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini baru-baru ini.

Rangkaian ini merupakan cawangan ke-88 syarikat dan ketiga di Perlis selepas pembukaan outlet di Kangar Jaya dan juga UiTM Arau.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bercemar duli merasmikan cawangan Richiamo Coffee tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr. Zaliman Sauli dan Ketua Pejabat Naib Canselor UniMAP, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir.

Pengarah Empire Coffee Works, Wan Najib Wan Daud berkata, pembukaan cawangan di UniMAP adalah hasil perbincangan syarikat dengan pengurusan tertinggi universiti itu ekorab kepercayaan dan komitmen yang diberikan oleh pemegang lesen Richiamo Coffee Sdn Bhd.

“Sebagai sebuah syarikat milik 100 bumiputera, Richiamo Coffee selalu menekankan agar jenama ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat seiring dengan usaha pengembangan perniagaannya sebelum ini”, katanya.

Selain minuman, Richiamo Coffee di UniMAP juga menghidangkan kek dan pastri serta menu tempatan seperti Patin Masak Tempoyak dan  Asam Pedas Tenggiri sebagai usaha untuk mempelbagaikan pilihan kepada pelanggannya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI