fbpx

2,356 Sahabat Usahawan AIM terima bantuan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Omar (dua kanan) menyerahkan geran khas BBKM kepada Sahabat Usahawan AIM hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, dalam membantu usahawan mikro bangkit kembali dalam perniagaan yang diusahakan mereka, KUSKOP akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia berkenaan gaji minimum RM1,500.

“Jualan gerai pendapatan tidak tinggi, masakan lagi untuk membayar gaji pekerja berjumlah minimum RM1,500.

“Dianggarkan hampir 70 peratus golongan usahawan mikro yang terjejas teruk akibat banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya selepas menyerahkan cek bernilai RM3,000 kepada penerima hari ini.

Sementara itu, Noh berharap, selain geran khas bantuan banjir ini kerajaan juga dapat mempertimbangkan semula gaji minimum bagi pekerja usahawan mikro.

Majlis penyerahan BBKM berkenaan diadakan secara serentak di empat lokasi iaitu di Shah Alam Convention Centre (SACC), Dewan Puchong Utama, Puchong, Dewan UMNO Kuala Selangor dan Dewan Sri Jugra.

Sementara itu, Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz berkata, bantuan banjir yang diusahakan KUSKOP amat membantu Sahabat Usahawan AIM yang sedang berusaha untuk bangkit semula dari kemusnahan yang dialami.

Jelasnya lagi, penerima BBKM daripada Sahabat Usahawan AIM, sebahagian besarnya adalah Usahawan Informal juga peniaga gerai dan penjaja di tepi jalan yang mengalami kemusnahan secara total di mana gerai dan premis perniagaan hanyut dibawa banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI