fbpx

Konvoi kereta mewah halang jalan kerana tidak puas hati dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan Ford Ranger menghimpit kereta Lamborgini sebelum berlaku perlanggaran dalam kejadian berhampiran di susur keluar Sedenak, Kulai, Johor, petang kelmarin.

KULAI – Tindakan sekumpulan pemandu kereta mewah yang bertindak menghalang jalan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghampiri susur keluar Sedenak seperti yang tular adalah kerana berlaku perselisihan faham antara dua pihak.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian yang tular itu didapati disebabkan berlaku pelanggaran antara sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan sebuah Lamborghini.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku di kilometer 34 lebuh raya berkenaan pada pukul 6.10 petang, kelmarin.

“Pemandu Ford Ranger cuba memotong konvoi kenderaan Lamborghini secara zig zag sebelum berlanggar dengan salah sebuah kereta di dalam konvoi berkenaan ketika cuba memasuki lorong kiri.

“Disebabkan pelanggaran itu, konvoi Lamborghini berkenaan tidak berpuas hati dan telah menghentikan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya sebelum berlaku perselisihan faham antara pemandu Ford Ranger dan kumpulan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 1 minit 14 saat yang menunjukkan pemandu Ford Ranger berkenaan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran dengan sebuah kenderaan daripada kumpulan konvoi berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI