fbpx

Hanna Delisha dah pandai tayang leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH DELISHA

PERKONGSIAN sekeping foto oleh pelakon cantik, Hanna Delisha dalam Instagram miliknya baru-baru ini telah mendapat kecaman netizen.

Mana tidaknya, Hanna yang manis bertudung sejak September 2020, buat pertama kalinya berkongsi foto menggayakan hijab dengan fesyen menampakkan bahagian lehernya.

Biarpun memakai baju dengan kolar tinggi (turtle neck), namun tetap menampakkan bahagian leher yang dikira sebagai aurat bagi seorang wanita.

Kerana foto tersebut, maka ramailah peminat yang memberi teguran kepada pelakon asal Singapura itu supaya memakai hijab dengan sempurna.

Malah, ada juga segelintir peminat yang memohon supaya Hanna tidaklah membuka tudung selepas dua tahun menutup aurat.

Diva bukanlah alim sangat. Tapi sebagai seorang wanita Muslim, sepatutnya Hanna perlu lebih peka dengan hal-hal begini.

Nanti kalau dikecam, jangan meroyan tak tentu hala pula.

DIVA: Ramai juga artis sudah mula mempromosikan kuih-kuih raya untuk dijual sempena kedatangan Ramadan dan Syawal nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI