fbpx

Chin Hin kini miliki Ajiya Berhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Konglomerat hartanah dan bahan binaan Chin Hin Group Berhad (Chin Hin) bakal muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam pengeluar bahan binaan Ajiya Berhad (Ajiya), justeru menjadikan Ajiya syarikat senaraian awam keempat di dalam kumpulannya.

Chin Hin akan mengambilalih 24.68 peratus kepentingan ekuiti dalam Ajiya yang kaya dengan aset bernilai RM104.4 juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, melalui pengambilalihan tersebut, ia  akan membantu Kumpulan mengembangkan rangkaian produknya daripada bahan binaan kepada produk kaca keselamatan, bumbung logam, pintu logam dan bingkai tingkap yang bernilai tambah tinggi.

Ini merupakan pengambialihan terbesar Chin Hin sejak penyenaraiannya di Pasaran
Utama pada 2016.

Chin Hin telah memeterai perjanjian penjualan saham bersyarat dengan pemegang
saham utama Ajiya dan Avia Kapital Sdn. Bhd.  untuk memperoleh 72,000,000 saham biasa atau 24.68 peratus kepentingan dalam Ajiya.

Mengulas mengenai cadangan langkah korporat itu, Pengarah Urusan Kumpulan Chin Hin
Chiau Haw Choon berkata, Kumpulan akan dapat memanfaatkan buku pesanan Ajiya dan
rangkaian rantaian bekalan serta pelanggan, yang dibangunkan selama tiga dekad kewujudannya.

“Pengambilalihan itu sejajar dengan objektif Kumpulan untuk memperoleh kepentingan strategik dalam syarikat yang berpotensi untuk pertumbuhan masa depan.

“Faedah sinergistik dijangka timbul daripada pengambilalihan itu kerana kedua-dua Kumpulan dan Kumpulan Ajiya beroperasi dan memberi perkhidmatan kepada industri yang sama, iaitu industri pembinaan dan pembangunan hartanah,” katanya dalam kenyataan.

Ajiya mempunyai lembaran imbangan yang kukuh, disokong oleh jumlah aset sebanyak
RM485.5 juta berbanding jumlah liabiliti sebanyak RM67.3 juta.

Ajiya juga merupakan syarikat tunai bersih dan mencatatkan simpanan tunai sebanyak RM146.7 juta pada akhir November 2021.

Syarikat itu melengkapkan tahun kewangan berakhir 30 November 2021 dengan kukuh iaitu mencatat keuntungan bersih RM18.9 juta berbanding pendapatan sebanyak RM268.5 juta.

Chin Hin bermula sebagai kedai perkakasan kecil di Alor Setar sejak 50 tahun lalu dan kini ia memiliki portfolio perniagaan yang merangkumi lima  bahagian teras.

Kumpulan juga mempunyai kepentingan utama dalam tiga syarikat tersenarai setakat ini, iaitu pemaju hartanah Chin Hin Group Property Berhad; pengeluar kabinet dapur Signature International Berhad dan pakar tenaga bersih Solarvest Holdings Berhad. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI