fbpx

JAKIM tetap di bawah JPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, laporan media yang menyatakan bahawa JAKIM diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Raja-raja Melayu adalah kurang tepat.

“Sejak awal ketika penubuhannya pada 1997 sehingga ke hari ini, JAKIM diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, kekeliruan yang dilaporkan oleh akhbar itu telah diperbetulkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja baru-baru ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) berikutan sama ada JAKIM diletakkan di bawah Majlis Raja-raja seperti dilaporkan sebelum ini.

Idris berkata, Mesyuarat majlis Raja-Raja ke-258 telah membuat ketetapan bahawa salah seorang daripada Raja pemerintah wajar dilantik sebagai pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) selama tempoh dua tahun bergilir-gilir sementara Perdana Menteri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI