fbpx

Menangis punca anak didera hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Adnan

TELUK INTAN – Hanya kerana tidak tahan mendengar tangisan, seorang wanita tergamak mendera anak perempuannya sampai mati pada Rabu lalu.

Kejadian menimpa mangsa berusia setahun 11 bulan itu terbongkar selepas dibawa ibunya berusia 33 tahun pada pukul 2.30 pagi ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan kerana sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pemeriksaan doktor bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal doktor mendapati beberapa kesan gigitan, lebam dan kecederaan termasuk luka pada hidung, dagu dan cuping telinga kanan selain luka pada belakang telinga kiri dan belakang kepala.

“Terdapat juga kesan luka besar pada lengan kanan, jari kelingking dan telunjuk tangan kiri serta luka koyakan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di dada.

Susulan kejadian itu, ibu mangsa ditahan pada pukul 5 petang hari sama selepas menyerah diri di Balai Polis Teluk Intan.

“Siasatan mendapati punca suspek mendera anak kandungnya kerana tertekan mangsa kerap menangis. Mangsa diambil semula oleh ibunya pada tahun lalu daripada pengasuh yang menjaga kanak-kanak itu sejak Jun 2020.

“Suspek merupakan seorang suri rumah manakala suaminya pula nelayan. Wanita itu mempunyai empat anak dan mangsa merupakan anak ketiga yang juga kembar,” katanya.

Suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI