fbpx

Perang Ukraine diramal berakhir Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENTERA Ukraine memeriksa runtuhan bangunan pangsapuri yang musnah dibedil peluru berpandu di Kiev, hari ini. – AFP

KIEV – Penasihat kepada Ketua Kakitangan Presiden Ukraine, Oleksiy Arestovich, menyatakan bahawa peperangan antara negara itu dengan Rusia berkemungkinan tamat pada awal Mei ini apabila tentera Kremlin telah kehabisan sumber, lapor stesen penyiaran Times Now.

Setakat ini, terdapat sedikit kemajuan bagi perbincangan antara Kiev dengan Moscow selain daripada membuka koridor kemanusiaan di bandar-bandar yang tidak terjejas dengan serangan.

“Saya berpendapat, pada awal Mei nanti kita boleh melihat perjanjian damai dimeterai, atau mungkin lebih awal dari itu. Saya bercakap mengenai tarikh-tarikh baharu yang mungkin.

“Kini kita berada di dua persimpangan. Sama ada perjanjian damai akan berlaku dengan pantas iaitu dalam satu ke dua minggu, atau pengunduran tentera dan segala-glaanya,” katanya dalam video yang disiarkan oleh beberapa media Ukraine.

Arestovich selain itu turut menambah bahawa dalam senario terburuk, tentera Rusia berkemungkinan menghantar barisan rekrut baharu selepas menjalani latihan selama sebulan.

Beliau turut mendakwa meskipun keamanan berjaya dicapai, pertempuran taktikal kecil mungkin berterusan selama setahun, walaupun Ukraine mendesak tentera Rusia meninggalkan negara itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI