fbpx

MB Johor tidak boleh jadi proksi – Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azleen.

JOHOR BAHRU – Individu yang bakal diberi tanggungjawab memikul jawatan Menteri Besar negeri ini haruslah bukan merupakan proksi kepada mana-mana pihak.

Exco Pemuda UMNO pusat, Noor Azleen Ambros berkata, perkara itu penting khususnya bagi Johor agar mempunyai seorang pengemudi yang mendapat sokongan parti.

“Mengemudi sebuah negeri itu bukan kerja seorang diri. Sebuah negeri pula bukanlah boleh dikemudi oleh seorang diri.

“Kemudi yang dicari itu biarlah yang direstui dan mendapat mandat parti. Kemudi yang dicari itu pula mestilah seperti yang telah dijanji kepada pengundi,” kata Noor Azleen dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Walaupun kenyataan beliau tidak ditujukan secara jelas kepada sesiapa, namun ianya dipercayai merujuk kepada pemilihan Datuk Onn Hafiz Ghazi yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

Terdahulu, veteren UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan perkara itu sebagai satu pengkhianatan kepada mandat yang mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hal ini kerana sepanjang tempoh kempen PRN Johor, perikatan itu telah mempromosi Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sebagai calon Menteri Besar selain turut diangkat sebagai ‘poster boy’ BN. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI