fbpx

Suntikan dos keempat Covid-19 diperlukan- CEO Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOURLA menegaskan bahawa dua dos vaksin dan suntikan penggalak tidak akan bertahan lama. - AFP

WASHINGTON – Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Dr. Albert Bourla memaklumkan bahawa kebanyakan individu perlu mendapatkan suntikan keempat vaksin Covid-19 untuk terus melindungi diri daripada virus itu selepas perlindungan sedia ada semakin berkurangan, lapor akhbar New York Post semalam.

“Ia adalah perlu untuk kebanyakan orang,’’ kata Bourla semasa temu bual dalam rancangan ‘Face The Nation’ di stesen televisyen CBS.

Beliau sebelum itu ditanya sama ada penduduk Amerika Syarikat (AS) perlu menerima suntikan dos penggalak tahunan pada setiap musim luruh.

Menurut Bourla, dua suntikan awal beserta dos penggalak tidak dapat melindungi masyarakat daripada semua varian Covid-19 kerana kekuatannya akan pudar. Beliau turut mengakui bahawa suntikan dos keempat ‘tidak dapat dielakkan’. 

“Pada masa ini, perlindungan yang anda peroleh daripada suntikan dos ketiga sudah cukup baik untuk mengelakkan kemasukan ke hospital dan sakit teruk. Namun, ia tidak begitu baik untuk melawan jangkitan serta tidak dapat bertahan lama,’’ katanya.

Sementara itu, Pfizer dan syarikat-syarikat farmaseutikal lain dilaporkan sedang menghasilkan dos vaksin yang akan melindungi manusia daripada sebarang varian pada masa hadapan.

“Kami sedang berusaha dengan gigih untuk menghasilkan bukan sahaja vaksin yang dapat melindungi manusia daripada semua varian termasuk Omicron, bahkan dapat memberikan perlindungan sekurang-kurangnya setahun,’’ jelas Bourla. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI