fbpx

Warga emas hilang semasa riadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba semasa melakukan pencarian warga emas yang dikhuatiri hilang di Puncak Jelapang, Ipoh.

IPOH – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang semasa melakukan aktiviti riadah di Puncak Jelapang di sini sejak pukul 3 petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.17 pagi tadi.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan gerakan mencari.

“Mangsa, Lau Sam, 84, dipercayai melakukan aktiviti tracking di kawasan tersebut.

“Operasi ditumpukan di laluan mangsa dipercayai hilang dengan bantuan Unit K9 Polis Diraja Malaysia.

Pasukan bantuan yang terdiri daripada Unit Multi Skill Team (MUST) JBPM, Unit Pengesan K9 dan unit dron telah diatur gerak bagi membantu operasi pencarian.

Operasi diketuai Penolong Penguasa Bomba Sharudi Muhamad Halil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI