fbpx

Wanita hamil dilarang ambil ubat antivirus Favipiravir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengambilan Favipiravir ketika trimester pertama boleh menjejaskan kandungan. - Google

BANGKOK – Jabatan Kesihatan Thailand menasihatkan wanita hamil yang positif Covid-19 supaya tidak mengambil ubat anti-virus Favipiravir, lapor laman  berita Thaiger kelmarin. 

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul berkata, ubat yang  berkenaan yang digunakan untuk merawat simptom koronavirus, dibimbangi akan menjejaskan janin semasa trimester pertama.

Menurut beliau, ubat itu biasanya hanya diberikan pada suku terakhir kehamilan, manakala pengunaannya pula berdasarkan setiap kes secara individu.

Jabatan berkenaan turut menasihati wanita hamil yang tidak menunjukkan gejala atau mempunyai simptom ringan dan  tanpa risiko tinggi mengalami keguguran untuk menjalani kuarantin di rumah.

Mereka perlu diasingkan daripada anggota keluarga yang lain dan menggunakan bilik mandi serta tandas yang berasingan.

Anutin juga memberitahu,  wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 tidak boleh makan bersama ahli keluarga mereka.

Menurut jabatan berkenaan, 70 hingga 80 peratus wanita hamil yang dijangkiti hanya mempunyai simptom ringan atau tanpa gejala manakala 10 hingga 20 peratus lagi bergejala serius.

Pada minggu lalu, pegawai kesihatan Thai memaklumkan  bahawa terdapat kekurangan bekalan ubat Favipiravir di negara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI