fbpx

Pekerja sub kontraktor DBKL maut dirempuh pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di Jalan Kuching berhampiran bulatan Kepong, dekat sini awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja sub kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang melakukan kerja-kerja memotong pokok maut dirempuh pemandu mabuk di Jalan Kuching berhampiran bulatan Kepong, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi, mangsa yang berusia 74 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku melibatkan sebuah kereta Toyota Sienta dengan pekerja sub kontraktor DBKL.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta Toyota Sienta yang dipandu dari arah pusat bandar sampai di lokasi kejadian telah mengubah haluan ke kanan lalu melanggar kon-kon serta lori termasuk mangsa yang sedang melakukan kerja-kerja memotong pokok kecil di pembahagi jalan.

“Selepas kemalangan berlaku, pemandu kereta berkenaan bertindak melarikan diri, namun dia berjaya ditahan orang awam berdekatan dengan Taman Wahyu, dekat sini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu diserahkan kepada pihak polis dan suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI