fbpx

Wanita hadir majlis kahwin ‘menantu tak jadi’, akui kesilapan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan situasi ketika Shima menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih anaknya.

PETALING JAYA – Walaupun tiada jodoh antara anak dengan menantu pilihan hatinya, namun tidak menjadi masalah buat seorang wanita yang masih hadir ke majlis perkahwinan gadis tersebut baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di media sosial yang mesra dipanggil Shima, dia akui masih berasa sedih kerana mengenangkan pengantin perempuan itu yang tidak menjadi sebahagian daripada keluarganya.

“Sedih bakal menantu tak jadi, lima tahun berkawan dengan anak, tapi anak buat hal,” katanya.

Sementara itu, dalam rakaman berdurasi 15 saat yang dimuat naik, dapat dilihat Shima sempat memeluk erat pengantin tersebut dengan penuh kasih sayang dan raut wajahnyanya jelas menunjukkan rasa kehilangan yang dirasai.

Selain itu, dia turut akui gadis tersebut seorang yang baik dan amat disenanginya.

“Pengantin perempuan itu baik orangnya, lemah lembut, berbudi bahasa, susah senang dia selalu ada, tapi tiada jodoh dengan anak,” luahnya.

Katanya, dia tetap mendoakan agar perkahwinan gadis tersebut bersama pasangannya akan kekal sampai syurga.

“Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” tulisnya.

“Sedih bakal menantu tak jadi, lima tahun berkawan dengan anak, tapi anak buat hal,” katanya lagi.

Sehubungan itu, video tersebut berjaya menyentuh hati orang ramai dan rata-ratanya kagum dengan tindakan wanita tersebut yang tetap menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas kekasih anaknya walaupun mereka ditakdirkan tidak mempunyai jodoh.

Dalam pada itu, ada pengguna turut memuji sikap Shima yang tidak membela anaknya semata-mata dan mampu menerima kebaikan orang lain.

“Ibu berhati emas, menerima dan mengakui kelemahan anak sendiri, tidak buta menilai kebaikan orang lain, tahniah puan,” komen Bonda Aiman.

“Susah nak jumpa ibu yang menyalahkan anak sendiri, biasanya anak orang lain yang salah dan jahat, terbaik puan mampu menilai dengan adil,” kata Cik Wana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI