fbpx

Seorang wanita dirogol setiap 10 minit di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG aktivis membuat bantahan mengenai kes rogol beramai-ramai ke atas seorang gadis berusia 16 tahun di Sao Paulo, Brazil pada 8 Jun 2016. - AFP

BRASILIA – Seorang wanita dirogol di Brazil dalam setiap 10 minit pada tahun lalu, manakala kes pembunuhan wanita pula berlaku selang tujuh jam, demikian menurut sebuah laporan yang diterbitkan kelmarin.

Laporan oleh Forum Keselamatan Awam Brazil itu menyatakan, bilangan jenayah rogol di Brazil meningkat 3.7 peratus pada 2021 kepada 56,098 kes. Angka membimbangkan itu diterbitkan pada malam menjelang sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Pembunuhan wanita pula menurun 2.7 peratus tetapi dengan jumlah keseluruhan 1,319 kes pada tahun berkenaan, angka itu masih menakutkan, kata Pengarah Forum Keselamatan Awam Brazil, Samira Bueno.

“Walaupun terdapat penurunan dalam kes pembunuhan wanita, jumlahnya masih sangat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

“Angka-angka ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan dasar awam bagi melindungi mangsa di samping mencegah dan menangani keganasan terhadap gadis serta wanita di Brazil,” katanya dalam satu kenyataan.

Kajian itu dibuat berdasarkan laporan rasmi yang diterima oleh pihak polis sekali gus menandakan bahawa bilangan kes sebenar jauh lebih tinggi.

Menurut laporan sama, berlaku peningkatan mendadak kes pembunuhan wanita dari Februari hingga Mei 2020 ketika kerajaan melaksanakan perintah duduk di rumah bagi memerangi kemuncak wabak koronavirus di negara Amerika Selatan itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI