fbpx

Urvashi Rautela terselamat dalam serangan di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
URVASHI RAUTELA

AKTRES jelita Urvashi Rautela bersyukur apabila terselamat ketika berada di Ukraine dan sempat pulang ke India dua hari sebelum negara tersebut diserang oleh Rusia pada 21 Februari lalu.

Berkongsi pengalaman menakutkan itu, Urvashi berkata, dia berada di Ukraine untuk menjalani penggambaran sebuah filem Tamil di wilayah Kiev dan Odesa.

Bagaimanapun, dia hanya sempat menjalani penggambaran selama sehari di sana.

“Ketika berada di Ukraine pada 19 Februari lalu, saya bersama produksi filem mendapat pelbagai khabar angin bahawa lokasi kami di sana (Kiev) dalam keadaan tidak selamat.

“Sejujurnya saya takut, namun bersyukur kerana sempat pulang semula ke India sebelum Ukraine diserang oleh Rusia dua hari kemudian,” katanya.

Ujar pelakon berusia 28 tahun itu, dia juga bimbang tentang keselamatan bapanya yang turut berada di sana (Ukraine) atas urusan kerja.

“Kami sepatutnya bertemu dengan Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal, namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana konflik yang berlaku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI