fbpx

THT lakar kemenangan dramatik atasi Maybank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain THT, Muhammad Marhan Jalil (kiri) diasak ketua pasukan Maybank, Meor Muhamad Azwan Hasan ketika pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Hoki MBKT, Kuala Terengganu petang tadi.

KUALA TERENGGANU – Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar kemenangan dramatik 5-4 ke atas Maybank dalam aksi Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri, THT pada mulanya dikejutkan pelawat apabila Muhammad Razie Abd. Rahim membuka tirai jaringan pada minit ke-13 sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-18.

Penyerang berbisa, Faizal Saari kemudian merapatkan jurang pada minit ke-26 hasil pukulan sudut penalti untuk merapatkan kedudukan 1-2 sebelum ke bilik persalinan.

Aksi semakin rancak apabila Muhammad Razie menjaringkan hatrik minit ke-38 untuk Maybank kembali dengan kelebihan dua gol dan mendahului 3-1.

Kelebihan itu gagal dipertahankan setelah THT bangkit mengikat kedudukan 3-3 sehingga tamat suku ketiga menerusi pukulan sudut penalti Faizal (m-43) dan Arif Syafie Ishak (m-45).

Penonton terus disajikan aksi jaringan apabila jaringan padang Amirullah Zainol pada minit ke-46 meletakkan Maybank di landasan kemenangan di tempat lawan.

THT bagaimanapun bangkit di hujung permainan menerusi Faizal (m-52) yang menyambar pukulan Fitri Saari yang juga jaringan ke-16 penyerang prolifik itu musim ini.

Arif Syafie melengkapkan kebangkitan THT setelah menyudahkan penalti stroke empat minit sebelum tamat sebelum tamat sekali gus memberikan tiga mata buat pasukannya.

Kemenangan dramatik itu membolehkan THT mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan dan mengutip 20 mata bagi bersaing hebat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) merebut takhta liga. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI